Surat Terbuka COVID-2019 Untuk Perdana Menteri

0
71

Berikutan dengan kes Covid-19 yang semakin merebak dari hari ke hari. Setiap hari laporan berkitan dengam angka pesakit yang mengalami gelaja tersebut meningkat dari satu angka ke satu angka mendatangkan kebimbangan pada kita, Rakyat Malaysia.

Terbaru, seorang individu, Nazroof Hakim menyatakan kebimbangan beliau berkaitan dengan kes tersebut dengan mengemukakan surat terbuka pada Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam surat tersebut dia mengemukakan beberapa pendapat untuk mengawal virus tersebut dari merebak.

Screenshoot dari facebook Nazroof

Menurut Nazroof yang merupakan pengasas syarikat Billplz, tujuan beliau menulis menulis surat terbuka tersebut adalah kerana self-interest. ” Ahli ekonomi, Adam Smith pernah membahaskan konsep tersebut” kata beliau dalam surat terbuka. Tambahnya lagi dia perlu melakukan ini untuk memyelamatkan Billplz sendiri dan ribuan merchant lain yang telah diberi kepercayaan kepada mereka.

“Masalah berpanjangan COVID-19 bukanlah kematian tetapi bankruptcy, yang pergi tiada lagi masalah duniawi” katanya. Jumlah jangkitan di Malaysia adalah 129 pada 12 March yang telah meningkat naik dari 24 pada 2 March lalu. Ini menjadikan purata meningkat sebanyak 18. 3% sehari dalam 11 hari. Italy shutdown pada malam 9 March 2020 dengan jumlah jangkitan 7,375. Dalam erti kata lain, titik tahap kesihatan di italy adalah pada 7, 375.

Persoalan beliau apa Malaysia punya health care breaking point? menurut beliau jika peratusan di atas masih berkekalan, maka jumlah jangkitan di Malaysia akan naik ke 8,604 dalam jangka masa 25 hari lagi. Jika benar teori yang dikeluarka, ini amat membimbangkan rakyat malaysia. Justeru itu belau mengemukakan pendapat untuk dipertimbangkan oleh Perdana Menteri.

Cadangan yang pertama adalah rujuk golongan bijak pandai yang mempunyai solusi dan bukan alim ulama. Katanya, konsep fardhu kifayah wujud dalam islam dan di Malaysia kita ada golongan tersebut jadi isu ini adalah fardhu kifayah untuk meraka. Beliau merujuk pada negara yang paling hebat mengawal penyebaran virus tersebut kerana ketua mereka mempercayai golongan bijak pandai. Tambah beliau jika tiada alim ulama yang mampu membatalkan solat jumaat, mungkin 25 hari lagi sudah telambat, mungkin.

Screenshoot dari facebook Nazroof

Yang kedua, beliau meminta untuk lelaki mengawal pergerakkan wanita dan kanak bagi mengurangkan kes jangkitan sebanyak mungkin. Akhir surat beliau, Nazroof menyeru semua untuk berdoa dengan bimbingan golongan alim ulama agar musibah yang semakin besar ini tidak berpanjangan.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here