Susulan peniaga tertipu, SPRM kata tiada kes, tapi tanah telah dijual murah?

0
557

KUALA LUMPUR : Adakah kemelut yang dihadapi oleh 41 peniaga di Medan Selera Kuchai Lama berpunca daripada rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan?,” tanya Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah.

Beliau mengulas isu tapak Medan Selera Kuchai Lama yang asalnya milik DBKL dan telah dijadikan tapak peniaga berbilang kaum berniaga dibawah satu bumbung.

Namun kini ia telah dipindahmilik ke sebuah syarikat swasta dengan harga yang tidak munasabah, iaitu dijual dengan harga RM14 juta berbanding harga pasaran RM90 juta.

Beliau menjelaskan sebelum tanah itu diserahkan dan dimajukan DBKL sebagai tapak perniagaan untuk rakyat, ianya adalah Tanah Wilayah Persekutuan dibawah Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.

“Bagaimanapun ia telah berpindah milik setelah DBKL memohon geran pada pertengahan 2017 yang kemudiannya menjualnya secara tergesa-gesa kepada sebuah syarikat swasta pada September 2017 dengan alasan membangunkan kondominium.

“IKHLAS telah menghantar aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun lalu mengenai keraguan penjualan tanah
itu.

“Antaranya adalah cek deposit RM1.4 juta bertarikh 27 September 2017 tetapi nama geran tanah sudah bertukar pada 28 September 2017. Bagaimanakah ini boleh berlaku dalam masa dua hari sahaja sedangkan cek berkenaan belum pun ditunaikan?

“Lebih mengejutkan DBKL membayar kadar premium RM13 juta dengan keuntungan RM1 juta apabila ia menjualnya kepada syarikat swasta berkenaan pada harga RM14 juta.

“Tetapi Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu Lateefa Koya memberi maklum balas bahawa aduan itu tidak memiliki asas kerana DBKL sudah memulangkan kembali deposit sebanyak RM1.4 juta oleh syarikat berkenaan pada tahun 2017 yang memberi isyarat bahawa perjanjian jual beli itu terbatal,” katanya.

Bagaimanapun katanya, tiba-tiba tanah itu sudah berpindah milik apabila DBKL menjualnya kepada syarikat swasta berkenaan.

“Sekiranya benar jual beli tersebut telah dibatalkan, bagaimanakah semakan beberapa hari lalu menunjukkan tanah tersebut masih dimiliki oleh pembelinya?

“Amatlah meragukan apabila SPRM tidak tahu tanah itu sudah berpindah milik dan dijual pada harga bawah nilai pasaran. Malah urus niaga jual beli telah dibatalkan dan wang telah dipulangkan tetapi tanah tersebut tetap milik pembelinya.

“Ini bermakna berlaku dua lapisan penipuan yang menyebabkan pembeli memperolehi tanah secara percuma. Dan menurut SPRM, ini tidak ada asas untuk membuka siasatan?.

“Adakah SPRM kena tipu?

Sehubungan itu IKHLAS memohon SPRM membuka semula kertas siasatan isu berkenaan demi kepentingan awam.

“Rakyat berhak tahu adakah DBKL menguruskan penjualan tanah itu mengikut prosidur undang-undang yang betul kerana daripada semakan awal mendapati penjualan itu tidak dibuat secara tender terbuka ataupun melalui keputusan Kabinet.

“Seperkara lagi peniaga telah berniaga di situ sejak 2008 lagi dan jika benar pun tapak tersebut hendak ditukar statusnya untuk didirikan kondominium maka sepatutnya DBKL menyediakan dan memindahkan peniaga ke tapak baru terlebih dahulu.

“IKHLAS akan berjumpa dengan Menteri Wilayah Persekutuan yang baru, Tan Sri Annuar Musa untuk mencari penyelesaian kepada peniaga berbilang bangsa yang tertindas ini.

Disediakan oleh: Wan Noor Hayati Wan Alias

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here