Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kebimbangan terhadap kewujudan 13 kluster jangkitan COVID-19

0
55

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kebimbangan terhadap kewujudan 13 kluster jangkitan COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Perdana Menteri berkata, antaranya ialah kluster restoran di Kuala Lumpur, kluster Stutong di Sarawak dan kluster berpunca daripada mereka yang pulang dari luar negara.

“Walaupun kekal rendah, saya bimbang dengan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh PKPP.

“Lebih membimbangkan saya, kes positif kembali mencatatkan dua digit sejak beberapa hari lalu,” katanya dalam perutusan khas PKPP yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here