Tempoh 72 jam tutup konsulat China di Houston – AS

0
109

HOUSTON: Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China makin memuncak apabila Washington mengarahkan pejabat Konsulat China di Houston ditutup dalam tempoh 72 jam.

Penutupan pejabat konsulat di antara bandar terbesar di AS menunjukkan ketegangan hubungan dua kuasa besar ekonomi dunia membabitkan isu perdagangan sehinggalah pandemik COVID-19 dan terbaru penguat kuasaan polisi keselamatan di Hong Kong.

China sebelum itu mengutuk tindakan AS mendedahkan dua warga China didakwa mencuri penyelidikan vaksin COVID-19 dan menggodam ratusan syarikat negara ‘Uncle Sam’ dan luar negara termasuk kontraktor pertahanan.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo berkata, kerajaan sudah menjangkakan reaksi yang akan diambil kerajaan China itu sambil memaklumkan tindakan perlu diambil bagi melindungi rakyat, ekonomi, keselamatan nasional dan pekerjaan yang berkaitan dengan rakyat AS.

“Presiden, Donald Trump juga turut mengatakan ‘cukup’ dan tidak akan membiarkan ini terus terjadi,” katanya.

Sementara itu, Senator Republikan merangkap Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Senat, Marco Rubio mendakwa, pejabat Konsulat China di Houston dikatakan sebagai pusat operasi rangkaian pengintipan dan pengaruh Parti Komunis China di AS dan mereka perlu menutupnya dengan segera.

“Bangunan berkenaan kena tutup dan mereka ada 72 jam untuk tinggalkan pejabat atau ditahan,” katanya.

Jurucakap Jabatan Negara, Morgan Ortagus berkata, pejabat konsulat itu diarah tutup untuk melindungi harta intelek dan maklumat peribadi rakyat AS dan di bawah Konvensyen Vienna, negara lain tidak boleh campur tangan dalam urusan dalaman negara lain.

“Jabatan Luar Negeri mengatakan China melakukan operasi pengintipan dan pengaruh dalam skala besar di seluruh AS selama bertahun-tahun,” katanya.

Pejabat Konsulat China di Houston dibuka pada 1979, iaitu tahun pertama jalinan hubungan diplomatik China-AS, menurut laman sesawangnya.

China memiliki lima pejabat konsulat di AS, termasuk Pejabat Kedutaan China di Washington.

Pejabat berkenaan meliputi lapan negeri di selatan AS, termasuk Texas dan Florida dengan hampir sejuta juta orang berdaftar di bawah konsulat berkenaan.

Di Beijing pula, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata, tindakan itu keterlaluan dan tidak adil yang akan merosakkan hubungan antara China dan AS.

“China mendesak AS untuk segera menarik keputusan itu atau China pasti akan mengambil tindakan lain. Malah kedutaan China di Washington juga menerima ancaman bom dan bunuh terhadap misi diplomatik China di AS,” katanya. – AFP

Sumber: Berita harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here