Terus patuh PKP, putuskan rangkaian COVID-19 – Abang Johari

0
50

KUCHING, 23 April — Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, hari ini meminta setiap lapisan masyarakat di negeri itu agar terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), supaya rangkaian COVID-19 dapat diputuskan.

Beliau berkata langkah-langkah pencegahan COVID-19 perlu terus dipatuhi, dengan memastikan tiada perhimpunan diadakan selagi keadaan tidak mengizinkan, dan mengamalkan disiplin diri dari segi kesihatan agar jangkitan dapat dikekang.

“Bagi mereka yang ada mempunyai kontak dengan sesiapa yang telah disaring positif (dijangkiti COVID-19), berhubunglah dengan pihak kesihatan terdekat, untuk menjalani saringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Abang Johari berkata, keadaan semasa juga  tidak membolehkan kita untuk menjalani ibadah puasa atau perayaan Gawai seperti keadaan biasa dan berarap kita semua tabah menghadapi segala kekangan semasa berkuatkuasanya PKP.

Sumber– BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here