Tiga cedera apabila dua kepala keretapi bertembung

0
35

LIPIS: Tiga lelaki cedera apabila dua kepala keretapi penyelenggaraan jalan, bertembung di landasan di Stesen Keretapi Chegar Perah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, dua lelaki cedera ringan manakala seorang parah apabila tersepit di dalam keretapi berkenaan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Lipis, Haslizan Ramli, berkata kejadian berlaku di kilometer 260, Chegar Perah pada jam 9. 30 pagi tadi.

Katanya, pihak bomba menerima laporan kejadian itu dari orang ramai dan apabila tiba di tempat kejadian, mendapati dua kepala keretapi penyelenggaraan telah bertembung.

Katanya, dua lelaki berjaya dikeluarkan oleh orang ramai sebelum pihak bomba tiba, manakala seorang masih tersepit.

“Anggota bomba bertindak dengan menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit itu.

“Seramai 15 anggota dari Balai Bomba Lipis dan Sungai Koyan, yang diketuai PBK II, Zulkarnain Din dengan tiga kenderaan bomba dan sebuah Hilux bergegas ke tempat kejadian. Namun, Hilux sahaja dapat ke lokasi kejadian kerana tiada akses jalan.

“Mangsa yang tercedera, dibawa ke Hospital Lipis untuk rawatan,” katanya.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here