Tiga kawasan di Pahang catat IPU sederhana

0
82

KUANTAN: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga kawasan di Pahang merekodkan bacaan pada paras sederhana, pada 8 pagi ini.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Rompin merekodkan bacaan IPU 96 manakala Temerloh (54) dan Balok Baru, di sini (75).

Dua stesen iaitu di Jerantut merekodkan bacaan 45 dan Indera Mahkota, di sini pula 38 iaitu pada paras baik.

Semalam, Rompin mencatat bacaan IPU tertinggi 151 iaitu pada paras tidak sihat.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya).

sumber: berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here