Tiga lagi penguat kuasa MBSA dicekup SPRM

0
161

PUTRAJAYA: Susulan kes kutipan wang perlindungan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terkini menahan tiga lagi penguat kuasa MBSA cawangan Sungai Buloh.

Ketiga-tiganya disyaki terlibat menerima rasuah bagi melindungi premis-premis perniagaan yang tidak berlesen, termasuk pusat perjudian, di sekitar Sungai Buloh.

Menurut sumber, hasil soal siasat mendapati, wujud rangkaian sindiket di kalangan anggota penguat kuasa yang mengutip wang rasuah secara bulanan, bagi melindungi premis-premis berkenaan.

“Tiga yang ditahan berusia di antara 40 dan 43 tahun, pada lebih kurang jam 2 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Wang perlindungan ini seolah-olah menjadi suatu budaya di kalangan penguat kuasa sehingga menyebabkan peniaga-peniaga termasuk premis judi tidak takut kepada sebarang tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Ketiga-tiga anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

SUMBER : ASTRO AWANI

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here