Tindakan tegas langgar SOP – PM

0
181

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 yang sedang berkuat kuasa.

Perdana Menteri berkata, satu Pasukan Petugas Khas Pemantauan dan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dianggotai oleh pelbagai agensi dan Kementerian telah ditubuhkan untuk memantau pematuhan SOP.

Katanya, bagi pemantauan di premis kilang dan bukan kilang di negara ini, sehingga semalam, Pasukan Petugas Khas dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah membuat lawatan tinjauan di 2,276 premis di seluruh negara.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 197 premis telah diberikan teguran dan 34 diarah tutup kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Pihak PDRM juga telah mengenakan kompaun ke atas 82,141 individu dan membuat 31,740 tangkapan atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam penjelasan terkini mengenai pelaksanaan Ordinan Darurat dalam mengurus pandemik COVID-19.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here