TNB tawar insentif khas sempena Hari Kebangsaan.

0
108

SHAH ALAM – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan insentif khas bagi menggalakkan pelanggan perdagangan menerangi bangunan dan kawasan persekitaran masing-masing dengan lampu hiasan bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 tahun ini.

Menerusi satu kenyataan di sini hari ini, TNB berkata, insentif yang diberikan sejak tahun 2000 itu ditawarkan kepada semua pelanggan perdagangan di bawah tarif B, C1 dan C2 yang telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun (sebelum 1 Ogos 2019), untuk tempoh dua bulan iaitu Ogos dan September 2020.

Bagaimanapun, katanya, insentif itu hanya akan tertera di dalam bil bulan Oktober 2020 bagi pelanggan yang layak dan melibatkan bangunan pencakar langit, bangunan pejabat, kompleks komersial, kompleks membeli-belah, hotel serta stesen minyak.

“Kadar insentif adalah 20.8 sen/kWj (kadar tarif neon & floodlight) bagi jumlah peningkatan penggunaan tenaga elektrik yang melebihi purata kegunaan tiga bulan yang diambil dari bulan Mei, Jun dan Julai 2020.

“Pelanggan yang layak boleh membuat permohonan di Kedai Tenaga berhampiran atau melalui portal myTNB (www.mytnb.com.my) dan tarikh tutup permohonan pada 15 September 2020,” kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 atau e-mel ke [email protected]

SUMBER: SINAR HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here