TransKom pacu pembangunan koperasi negara

0
82

Kuala Lumpur: Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKom) 2021-2025 berupaya menjadi pemacu kepada pembangunan koperasi yang lebih progresif dan berdaya saing, kata Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Perdana Menteri berkata, ia seterusnya menjamin kelangsungan sektor koperasi negara sebagai penyumbang terbesar kepada peningkatan sosio-ekonomi dan kesejahteraan masyarakat di negara ini.

“TransKom yang dibangunkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi adalah bertepatan dalam menjadi paksi transformasi kepada Gerakan Koperasi di Malaysia.

“Saya yakin pelan ini yang digariskan sebanyak lima bidang tujahan, 20 langkah strategik dan 36 program serta aktiviti, akan menjadi pemacu kepada pembangunan koperasi yang lebih progresif dan berdaya saing,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran TransKom 2021-2025 di ibu negara hari ini.

Turut sama hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar.

Muhyiddin berkata, TransKom juga menyasarkan penubuhan sebuah institusi pendidikan tinggi bertaraf universiti yang mengkhususkan kepada pendidikan koperasi dan keusahawan.

“Institusi ini akan bertindak sebagai platform bagi membentuk generasi peneraju baharu gerakan koperasi yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran perniagaan dan keusahawanan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here