Treler muatan besi terbabas, kelindan parah ditimpa besi

0
141

GOPENG: Seorang pemandu cedera sementara kelindannya parah ditimpa muatan besi selepas treler yang dinaiki terbabas ke dalam gaung di KM 300.7 di Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara di sini, malam tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng, Mohd Rozimi Mohamad Ali, berkata pihaknya menerima panggilan jam 10.52 malam tadi berhubung kejadian itu.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, terdapat sebuah lori treler membawa muatan besi terbabas melanggar penghadang jalan sebelum terjunam ke gaung sedalam 20 hingga 25 meter.

“Anggota bertindak mencari kelindan yang terhumban daripada kenderaan dan terjatuh di kawasan tanah berselut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Rozimi berkata, anggota yang melakukan operasi menyelamat mengambil masa untuk mengalihkan muatan besi yang menimpa mangsa terlebih dahulu sebelum menyelamatkannya.

“Kelindan mengalami cedera parah kerana jatuh ditimpa muatan besi treler terbabit dan diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan selanjutnya.

“Keadaan terkawal pada jam 11.49 malam dan lori treler diserahkan kepada pihak PLUS untuk kerja-kerja mengalih kenderaan itu pagi ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here