Trump raikan percikan bunga api walaupun kes COVID-19 meningkat

0
37

WASHINGTON: Walaupun berdepan kritikan hebat kerana gagal menangani pandemik COVID-19 di negaranya, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump masih bersemangat meraikan percikan bunga api di Gunung Rushmore.

Pada sambutan ambang kemerdekaan AS, ketua Republikan itu akan berucap sambil dibayangi empat pemimpin Republikan terdahulu, George Washington, Thomas Jefferson, Theodore Roosevelt dan Abraham Lincoln, yang kepala mereka diukir di puncak granit di Dakota Selatan.

Bekas ahli perniagaan itu yang dilihat menutup mata terhadap peningkatan kes COVID-19 ternyata amat gembira dengan penganjuran acara di Rushmore itu.

Ia dijangka menghimpunkan 7,500 pengunjung dan penjarakan sosial bukan sebahagian daripada agenda.

“Kita akan menikmati malam yang amat hebat. Terdapat pertunjukan bunga api yang jarang disaksikan. Ia amat menarik,” katanya pada Khamis.

Adakah Trump akan berucap mengenai pandemik yang sudah meragut 13,000 nyawa penduduk AS itu dan peningkatan semula kes di bahagian selatan serta barat negara?

Pakar penyakit berjangkit terkemuka AS, Anthony Fauci berkata, tindakan itu meletakkan seluruh negara dalam risiko.

Adakah Trump akan memakai pelitup separuh muka, sebagai tauladan kepada rakyat, selepas enggan melakukannya selama ini walaupun didesak anggota partinya sendiri?

Presiden Republikan itu kini berada dalam kemelut politik, jauh di belakang pencabarnya, Joe Biden dari Demokrat, dengan tempoh kempen yang masih berbaki empat bulan lagi. – AFP

Sumber-Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here