Tujuh sekatan jalan raya di Kota Setar bermula tengah malam tadi

0
35
SANGLANG, 8 Ogos -- Anggota polis dari IPD Kangar melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) di Daerah Sanglang bermula malam ini. Seramai 872 orang penduduk dua buah kampung iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul akan menjalani ujian saringan COVID-19 dalam masa terdekat. Penularan COVID-19 di Sanglang adalah daripada kluster Sivagangga. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

ALOR SETAR: Tujuh sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan di sekitar daerah ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran bermula jam 12.01 tengah malam tadi.

Antara SJR terbabit termasuk di hadapan Restoran Haji Ramli di Simpang Empat, Jalan Batas Paip di Kuala Kedah, Tol Alor Setar Utara dan Tol Alor Setar Selatan, hadapan Balai Polis Kepala Batas dan Jalan Hutan Kampung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, tiga daripada SJR terbabit ditutup dan diletakkan “road barrier” untuk menghalang orang ramai keluar masuk ke kawasan Kota Setar tanpa urusan.

Antaranya jalan masuk dari Jitra ke Alor Setar di Kepala Batas, laluan masuk ke Plaza Tol Alor Setar utara dan laluan keluar ke Plaza Tol Alor Setar selatan ditutup.

“Seramai 350 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabit dalam penugasan di sini.

“Bantuan logistik dari balai polis berhampiran dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah turut membantu, ” katanya pada sidang media di Balai Polis Kepala Batas, malam tadi.

katanya, 21 pasukan pemantau akan memantau di laluan tikus di sekitar kawasan kampung bagi mengelak penduduk cuba lari ke daerah lain.

Sekiranya ada urusan keluar masuk ke daerah sempadan, orang ramai perlu mengemukakan surat kebenaran.

“Perkhidmatan pengangkutan awam masih beroperasi seperti biasa termasuk kereta api, kapal terbang dan bas ekspres.

“Majlis perkahwinan, bersukan, beriadah, keramaian tidak dibenarkan ketika PKPD. Jika ingkar atau melanggar syarat PKPD mereka dikompaun atau ditahan.

Perkhidmatan menghantar makanan dari rumah ke rumah juga perlu mendapat surat kebenaran polis.

“Penduduk di kawasan PKPD bekerja di luar daerah digalakkan bekerja dari rumah bagi mengelak penularan COVID-19,” katanya.

Sumber: Berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here