Tujuh termasuk isteri lelaki meninggal dunia disimbah asid direman

0
755

SEREMBAN: Polis menahan reman tujuh individu termasuk isteri kepada seorang lelaki mualaf yang meninggal dunia, akibat disimbah asid Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, semua suspek yang terbabit dalam kejadian jam 3.31 pagi di Taman Pulai Impian Sikamat, di sini, direman sehingga Selasa ini.

Beliau berkata, tujuh suspek berumur 15 hingga 41 tahun itu ditahan menerusi beberapa tangkapan.

“Kita menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada Sabtu lalu dan siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 43 tahun mengalami 30 peratus kecederaan akibat melecur disimbah cecair dipercayai asid.

“Mangsa yang mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban disahkan meninggal dunia pada 11 malam tadi,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Said berkata, kes diklasifikasi sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here