Ubah wang haram dana Yayasan Nurul Yaqeen, bekas pekerja dan suami didakwa

0
134

KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif sebuah yayasan amal, Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) didakwa bersama suaminya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini masing-masing atas tiga dan 20 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang yayasan itu berjumlah RM658,769.19.

Mimi Khairani Baharudin, 35, dan suaminya, Mohd Shaufik Ariffin, 37,  bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka di hadapan Hakim Hasbullah Adam.

Mimi Khairani yang sedang hamil lima bulan menghadapi tiga pertuduhan manakala suaminya didakwa atas 20 pertuduhan.

Mahkamah membenarkan Mimi Khairani diikat jamin RM105,000 manakala RM700,000 bagi Mohd Shaufik, masing-masing dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Julai untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Farid Ahmad Kamal manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Norizawani Ahmad Jalaludin.

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here