ULAMA & HIJRAH NUSANTARA

0
46

Hijrah SYEIKH ABDULLAH QUMAIRI, seorang ulama yang berasal dari Yaman ke Kedah atas tujuan dakwah, menghasilkan kepada pengislaman kepada sultan pada zaman tersebut, iaitu Sultan Muzaffar Syah I, sekaligus pengislaman pembesar-pembesar Istana. Selainnya juga terhasilnya perletakan nama negeri Kedah Darul Aman.
.
Hijrah 3 ulama besar Nusantara ; iaitu (I) SYEIKH DAUD AL-FATHANI (dari Patani), (II) SYEIKH ARSYAD AL-BANJARI dan (III) SYEIKH ABDUS SAMAD AL-FALIMBANI (dari Indonesia) ke Mekah selama masing-masing lebih kurang 30 tahun, atas tujuan menuntut ilmu, sehingga berhasil menjadi ulama besar di tanah Melayu yang juga menulis banyak kitab. Selain mengkaderkan anak-anak murid yang menjadi alim ulama, peninggalan kitab-kitab karya mereka turut dapat dimanfaatkan sehingga kini.
.
Sebegitu juga hijrah SYEIKH AHMAD AL-FATHANI, ke pelbagai pelosok negara, antaranya Mekah, Mesir, Turki dan negara Eropah, menjadikan beliau ulama yang bukan sahaja mahir dalam pelbagai ilmu, turut menjadi penyumbang besar dalam dunia percetakan kitab-kitab Jawi di tanah Melayu.
.
Hijrah TOK KENALI, seawal usia umur 18 tahun ke Mekah atas tujuan sama sebagaimana ulama-ulama besar sebelumnya, termasuk gurunya Syeikh Ahmad al-Fathani. Setelah 22 tahun di Mekah dan kembali ke tanah asal kelahiran beliau di Kelantan, berhasil menubuhkan Pondok Kenali sebagai pusat ilmu kepada warga setempat.
.
Dan di kesempatan ini dikongsikan hijrah pengasas Khazanah Fathaniyah; Tuan Guru WAN MOHD SHAGHIR yang berasal dari Riau ke Kuala Lumpur Malaysia, yang pada awalnya bertujuan untuk urusan penyelidikan, hingga akhirnya menetap dan menubuhkan Khazanah Fathaniyah, sebagai pusat penyebaran dan penerbit khazanah-khazanah ulama silam muktabar Nusantara. Alhamdulillah masih berjalan hingga kini, dan hasilnya dapat dimanfaatkan oleh kita hingga hari ini.

SUMBER: Khazanah Fathaniyah

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here