Umat Islam Perancis bidas kempen boikot barangan Perancis

0
26

 

PARIS: Beberapa pemimpin Islam Perancis membidas kempen boikot barangan negara itu di negara Islam lain.

Imam tiga masjid dan ketua tiga pertubuhan Islam di Perancis, dalam satu kenyataan bersama, menyifatkan tindakan itu sebagai ‘tidak adil’ serta menuduh dalang kempen berkenaan sebagai ‘memperalatkan agama bagi meraih manfaat politik’.

“Ada masanya kita perlu menunjukkan solidariti dengan negara yang menjadi mangsa serangan tidak rasional sejak beberapa minggu lalu.

“Undang-undang Perancis ‘memberi banyak ruang kepada kebebasan bersuara’ dan memberi rakyatnya hak ‘untuk percaya atau tidak mempercayai’,” katanya.

Iman masjid utama di Paris, Lyon dan Pulau Reunion di Mediterranean Perancis bersama tiga pertubuhan Islam Perancis mengutuk keganasan dan ‘semua bentuk keganasan atas nama agama’.

Sentimen anti Perancis semakin meningkat di dunia Islam berikutan kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang mempertahankan penerbitan karikatur Nabi Muhammad SAW sebagai kebebasan bersuara.

Akibat perbuatan itu, seorang guru sekolah menengah, Samuel Paty, dipenggal kepalanya oleh ekstremis Chechnya pada 16 Oktober lalu, selepas mangsa menunjukkan beberapa kartun Nabi Muhammad SAW kepada pelajarnya.

Kartun terbabit juga menjadi punca 12 individu dibunuh di pejabat majalah satira Charlie Hebdo pada 2015 dan khamis lalu, Paris dikejutkan serangan lelaki bersenjatakan pisau di sebuah gereja di Nice mengakibatkan tiga mangsa terbunuh.

Ratusan ribu umat Islam turut menyertai tunjuk perasaan anti Perancis besar-besaran di serata dunia selepas solat Jumaat minggu lalu terutama di Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Turki, Syria, Mali dan Semenanjung Gaza selain di negara Arab.

Negara yang menbaikotkan barang perancis hasrat mereka untuk menekan kerajaan perancis kerana kebiadapan presiden marcom mengeluarkan kenyataan menghina islam dan permainkan watak kartun nabi muhammad s a w sebagai orang yang kasih kepada nabi kita harus mengajar dan tiada niat mereka untuk menpolitikan.

Sumber:Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here