Undang-undang antibuli siber akan digubal jika perlu

0
25

CYBERJAYA: Kerajaan melantik Universiti Multimedia (MMU) menjalankan penyelidikan berkaitan undang-undang antibuli siber.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata kajian itu yang akan mengambil masa enam bulan amat penting berdasarkan peningkatan kes buli siber di Malaysia.

“Bagaimanapun katanya, berbanding Singapura dan Filipina, Malaysia belum mempunyai undang-undang khusus bagi menanganinya.

“Buli siber adalah jenayah yang perlu ditangani bagi mengelak pencerobohan berleluasa data orang awam,” katanya pada sidang media di Majlis Kunjungan Mesra Menteri ke Universiti Multimedia (MMU) di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Telekom Malaysia (TM), Tan Seri Mohd Bakee Salleh dan Pemangku Presiden MMU, Prof Dr Ho Chin Kuan.

Saifuddin berkata, penyelidikan itu turut membabitkan kerjasama beberapa pihak terdiri dari Pejabat Peguam Negara, Majlis Peguam, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Cyber Sekuriti Malaysia

“Selepas enam bulan jika perkara itu menjadi satu keperluan, kerajaan akan menentukan jenis kesalahan dan hukuman dalam akta itu sebelum dibentangkan di kabinet,” katanya.

Tambahnya, kerajaan akan melihat apa yang berlaku dan undang-undang dilaksanakan di Singapura dan Filipina sebelum memperkenalkan akta terbabit.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, kerajaan sedang meneliti dan membuat kajian bagi mengatasi ancaman pendapatan iklan terhadap media Malaysia terutama daripada enjin carian seperti Google juga laman sosial, Facebook.

Katanya, beberapa negara luar turut terkesan terhadap ancaman itu sehingga mengakibatkan kerugian kepada syarikat pengiklanan tempatan.

Sumber-Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here