Vaksinisasi oleh swasta pada fasa 2, 3

0
100

PUTRAJAYA: Pengamal perubatan swasta diberi peranan dalam pemberian vaksin COVID-1 pada fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), pada April dan Mei ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata persetujuan membabitkan pengamal perubatan am swasta itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Beliau berkata, untuk tujuan itu, JKJAV sudah melantik Protect Health Corp Sdn Bhd, agensi diperbadan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) pada 19 Disember 2016, sebagai pelaksana pengamal perubatan swasta dalam program pelalian itu.

“Pelantikan ini berdasarkan kepada pengalaman dan keupayaan Protect Health dalam mendaftar, menyelaras, memantau kualiti dan menguruskan pembayaran kepada pengamal perubatan am swasta bagi Skim Peduli Kesihatan B40 (PEKAB40).

“Skop tugas Protect Health yang akan dilaksanakan termasuk mendaftarkan pengamal perubatan am swasta, menguruskan pembayaran, memberi manual serta memantau aktiviti vaksinasi yang dijalankan.

“Pengamal perubatan am swasta yang berminat menyertai program bagi fasa kedua dan ketiga perlu berdaftar bermula hari ini, melaluiĀ www.protecthealth.com.my. Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sidang media bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin itu turut disiarkan secara maya melalui aplikasi Zoom.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here