Satu insiden kebakaran kereta telah mencemaskan pengunjung di sekitar Pavilion Kuala Lumpur. Kereta jenis Mercedes Benz itu telah hangus terbakar di kawasan tumpuan pelancong. Video ketika kebakaran sedang berlaku telah viral di media sosial. Pihak bomba dan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran tersebut.
Hangus dijilat api
Menerusi video yang dimuat naik oleh Faiq memaparkan orang ramai berpusu menyaksikan kereta tersebut hangus dijilat api. Video ini dirakam sebelum pihak bomba tiba dilokasi kejadian. Pihak polis dilihat mengawal orang ramai agar tidak berada berdekatan dengan kereta yang terbakar itu.
Bomba tiba memadam api
Hasil dari aduan orang ramai, sebuah jentera bomba dilihat telah tiba dilokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran.
Pemandu dan penumpang kereta selamat


Menurut sumber, pemandu dan penumpang kereta yang terbakar itu berjaya menyelamatkan diri sebelum api menjadi marak.
Sumber: Faiq, Info Roadblock
infected