Viral Video Bakar Bola Salji Tapi Tak Cair, Wanita Cetus Teori Pelik Dakwa Salji Di Texas Adalah Palsu & Ciptaan Kerajaan Amerika

0
207

Seperti yang telah dilaporkan sejak beberapa hari yang lalu, Texas kini dilanda ribut musim sejuk yang sangat jarang berlaku.

Ia menyebabkan negeri di Amerika Syarikat itu dilanda timbunan salji yang tebal.

Pun begitu, beberapa pengguna media sosial menyebarkan dakwaan bahawa salji itu merupakan salji palsu yang telah dicipta oleh kerajaan, lapor Insider.

Salah satunya adalah video di aplikasi TikTok yang menunjukkan seorang wanita cuba membakar bola salji namun ia tidak cair.

Disebabkan itu, mereka mendakwa bahawa salji itu tidak normal.

Hakikatnya, semua salji bertindak balas dengan cara itu, melalui proses yang disebut pemejalwapan iaitu salji yang padat akan berubah menjadi gas.

Menurut Insider, video-video mengenai dakwaan itu bukan sahaja berlaku di Texas malahan dari United Kingdom.

Cuaca ‘pelik’ di Texas yang dipercayai berlaku kerana perubahan iklim telah mengancam infrastruktur elektrik di negeri itu.

Maklumat yang tidak tepat dilaporkan terus berleluasa sejak ribut melanda Texas minggu lalu.

Sumber : Siakap Keli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here