Wajib bayar zakat emas di pajak gadai Islam (Ar- Rahnu)

0
42

Emas yang digadai di pajak gadai, masih tidak terputus haulnya dan wajib dizakatkan ke atas peratusan yang masih menjadi hak si penggadai.

Contohnya: Sabariah menggadai dua utas rantai emas seberat 50 gram dan dia diberikan pinjaman oleh ar-rahnu hanya sekadar 70 peratus, maka baki berat emas 15 gram di ar-rahnu masih dianggap miliknya yang sempurna dan wajib dizakatkan pada hujung haul.

Dengan syarat ditambah dengan lain-lain emas yang disimpan dan melebihi nisab iaitu 85 gram.

Maka, 15 gram darap harga emas semasa ( 15 gram x RM190 contoh harga emas semsa = RM2,850).

RM2,850 + lain-lain nilai emas simpanan yang ada = jumlah darap 2.5 peratus = jumlah zakat.

 

SUMBER : Lembaga Zakat Selangor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here