Wanita ada simptom Covid-19 hilangkan diri ketika saringan

0
43

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

IPOH – Polis sedang mengesan seorang wanita mengalami simptom wabak koronavirus (Covid-19) yang menghilangkan diri ketika menjalani saringan kesihatan di Hospital Parit Buntar (HPB) semalam.

Wanita berusia 21 tahun dan bekerja sebagai pramugari itu dikatakan hadir ke hospital berkenaan pada Ahad lalu sebelum diarahkan ke Hospital Taiping bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun pesakit itu menolak untuk dihantar ke Hospital Taiping sebelum dikesan menghilangkan diri.

Pesakit itu dikatakan baru pulang dari Singapura dan telah transit di Thailand mula mengalami demam sejak 12 hari lepas.

Laporan kehilangan wanita itu dibuat seorang daripada kakitangan hospital terbabit di Balai Polis Parit Buntar pada jam 10.27 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan.

“Usaha menjejaki pesakit itu sedang giat dijalankan,” katanya.

Image result for Wanita ada simptom Covid-19 hilangkan diri ketika saringan

Maklumat berkaitan kejadian itu tular di media sosial WhatsApp hari ini.

Daripada maklumat dikongsi, wanita yang beralamat dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu telah diletakkan di dalam bilik isolasi HPB untuk saringan.

Abang pesakit memberitahu pihak hospital akan cuba memujuknya ke Hospital Taiping, namun selepas itu kedua-duanya didapati telah menghilangkan diri.

Image result for Wanita ada simptom Covid-19 hilangkan diri ketika saringan
kredit: cinca

Sehubungan itu, usaha mengesan pesakit kini dilakukan dengan hebahan awal ke Pusat Kawalan Daerah (DCC) Covid-19.

Hebahan turut dilakukan ke Ibu Pejabat Polis Daeerah (IPD) Taiping, Selama, Bandar Bharu (Kedah), IPD Seberang Perai Utara dan IPD Seberang Perai Selatan (Pulau Pinang).

Sumber: Sinar Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here