Warga asing dibenarkan solat Jumaat jika keadaan sudah stabil

0
26

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memastikan beberapa langkah diambil bagi mengawal penularan COVID-19 di masjid dilaksanakan sepenuhnya, sebelum membenarkan warga asing menunaikan solat Jumaat di rumah ibadat itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata sebagai permulaan, pihaknya perlu memastikan setiap warga tempatan beragama Islam mempunyai peluang untuk untuk bersolat Jumaat di masjid.

Ketika ini, katanya, kerajaan juga membenarkan solat Jumaat diadakan dalam skala yang lebih besar berbanding sebelum ini.

“Langkah ketiga, kita hadkan satu pertiga kapasiti di masjid. Keempat kita lebarkan lagi (ruang solat) berdasarkan penjarakan sosial oleh kerana ramai orang. Ini saya cakap di Wilayah Persekutuan.

“Sebagai contoh, kita lebarkan di bahagian sayap kiri dan kanan selain luar masjid. Tujuannya kita tidak mahu orang kata dia tak dapat nak solat berjemaah.

“Kita juga cuba ‘hidupkan’ surau untuk kita lakukan solat Jumaat. Kita mengizinkan mengikut difatwakan untuk surau melakukan solat Jumaat dengan syarat mereka minta kebenaran Iabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan pejabat mufti supaya ia boleh dipantau sebaik mungkin.

“Apabila keadaan ini sudah stabil dan difahami sepenuhnya, Insya-Allah selepas ini kita akan tengok pula dengan keadaan warga asing (kebenaran untuk mereka solat Jumaat di masjid),” katanya ketika ditemui di sebuah masjid, di sini, hari ini.

Sumber: BERIATA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here