Warga emas ditemui dalam gaung

0
319

BATU PAHAT: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu, ditemui dalam gaung di Taman Banang Height, dekat sini, semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, berkata mangsa, Chai Pei Sang, 63, yang dikatakan mengalami masalah hilang ingatan, dijumpai pihak bomba dalam keadaan lemah pada jam 10.17 pagi.

“Pihak bomba melakukan pencarian di sekitar lokasi dan menjumpai wanita itu dalam gaung.

“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat sebelum pihak bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pengusung,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Menurut kenyataan itu lagi, warga emas terbabit kemudian diserahkan kepada keluarganya.

Katanya, operasi membabitkan lima anggota dan sebuah utiliti Toyota Hilux dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat itu ditamatkan pada jam 12.30 tengah hari.

sumber: berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here