Warga emas melecur selepas rumah kedai terbakar

0
40

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas melecur hampir 70 peratus selepas rumah kedai dua tingkat yang didiaminya dekat Jalan Arumugan Pillai, di sini terbakar malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.56 malam berhubung insiden kebakaran itu.

“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda dengan bantuan BBP Perai serta Penanti bergegas ke lokasi kejadian untuk proses menyelamat dan memadam kebakaran.

“Ketika tiba didapati seorang lelaki warga tempatan dikenali Chan Kim Weng berusia 61 tahun terperangkap dalam rumah kedai berkenaan.

“Mangsa mengalami lecur hampir 70 peratus pada anggota badan dan dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sumber-Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here