Warga emas tinggal berhimpit bersama 15 ahli keluarga dalam rumah kecil, daif

0
282

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KANGAR: Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan raya, seorang warga emas bersama 15 ahli keluarganya tidak mampu berbuat demikian dan tabah menjalani kehidupan serba sederhana dalam sebuah rumah kecil yang daif sejak 11 tahun lalu.

Hasmah Saad, 65, tinggal berhimpit di rumah itu bersama empat anaknya, Nur Hayati Hashim, 33; Nur Hazwani Hashim, 29; Nur Hasraf Haizad Mat Razali, 18; Nur Natasya Haslinda Mat Razali, 17, serta menantu dan anak masing-masing, termasuk lapan cucu berusia lingkungan dua hingga 13 tahun.

“Rumah ini pemberian Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang saya terima dan duduki pada 2 Ogos 2010 berkeluasan 800 meter persegi saja.

“Ada tiga bilik iaitu dua bilik kelamin untuk anak dan menantu masing-masing mempunyai dua serta enam anak, manakala satu bilik kecil untuk saya bersama cucu.

“Bagaimanapun, akibat kekangan ruang, ada yang terpaksa berhimpit dan tidur di ruang tamu.

“Memandangkan anak hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu, selain masing-masing mempunyai tanggungan ramai, mereka tidak mampu menyewa di luar apalagi mahu mempunyai kediaman sendiri,” katanya ketika ditemui pada program i-Care4U Ziarah Kasih Ramadan di kediamannya di Kampung Jarak Bintong di sini, semalam.

Program anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Perlis (ICU JPM) dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu menyalurkan sumbangan duit raya kepada 30 keluarga terpilih.

Turut hadir pada program ziarah itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man yang menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas dan duit raya bagi pihak kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Hasmah berkata, ada anak dan cucu terpaksa tidur di lantai dapur beralaskan kain batik saja kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain, malah cucu bongsunya pernah melecur terkena air panas ketika bermain di ruang sempit yang biasanya akan berlanggar dengan ahli isi rumah lain.

Nur Hazwani pula berkata, dia mengimpikan menyambut Aidilfitri di kediaman sendiri bersama enam anak, namun ia agak mustahil kerana pendapatan suaminya yang mengambil upah memotong rumput di kampung, tidak seberapa.

Suri rumah itu berkata, menjadi rutin setiap tahun mereka sekeluarga menyambut Aidilfitri dengan pakaian disedekahkan orang ramai tanpa kuih-muih, namun bersyukur dapat tinggal dengan keluarga dan menjalani kehidupan susah senang bersama.

Sementara itu, prihatin dengan nasib keluarga berkenaan, Azlan berkata, kerajaan negeri akan membantu membina sebuah rumah dengan dua bilik di kawasan belakang rumah sedia ada.– BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here