WHO dedahkan amaran COVID-19, bukannya China

0
432


GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan amaran awal mengenai penularan COVID-19 di Wuhan dibuat wakil pejabatnya di China, bukannya kerajaan China seperti didakwa.

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa WHO gagal menyalurkan maklumat diperlukan untuk membendung pandemik dan hanya berpuas hati dengan Beijing.

Pada 9 April lalu, WHO menerbitkan garis masa permulaan komunikasi iaitu sebahagian daripada maklum balas kepada kritikan berhubung penularan wabak yang mengorbankan lebih 521,000 nyawa di seluruh dunia.

Dalam kronologi itu, WHO menjelaskan Suruhanjaya Perbandaran Kesihatan Wuhan di Hubei melaporkan kes pneumonia, pada 31 Disember.

Bagaimanapun, agensi berkenaan tidak menjelaskan pihak penerima maklumat berkenaan.

Bercakap pada sidang media, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus memaklumkan, laporan pertama diterima dari China, 20 April lalu, tanpa menjelaskan sama ada ia dihantar pihak berkuasa negara itu atau sumber berlainan.

Bagaimanapun, kronologi baharu diterbitkan WHO minggu ini, memperincikan lebih jelas mengenai perkara berkenaan.

Ia menjelaskan bahawa Pejabat WHO di China memaklumkan serantau berhubung kes ‘viral pneumonia’ pada 31 Disember, selepas menemui deklarasi, kepada media di laman web Suruhanjaya Kesihatan Wuhan berhubung isu itu.

Pada hari sama, perkhidmatan makluman epidemik WHO mengambil satu lagi laporan berita mengenai kumpulan kes pneumonia sama daripada sumber tidak diketahui di Wuhan, disiarkan rangkaian survelan epidemiologi ProMed yang berpangkalan di AS.

Selepas itu, WHO pada 1 dan 2 Januari lalu, meminta maklumat berhubung kes terbabit daripada pihak berkuasa China dan maklum balas mengenainya diterima pada 3 Januari lalu.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Program Kecemasan WHO, Michael Ryan pada sidang medianya pada Jumaat menjelaskan beberapa negara mempunyai 24 hingga 48 jam untuk mengesahkan secara formal berhubung perkara itu dan memberi maklumat tambahan mengenai punca kes terbabit kepada WHO.

Katanya, pihak berkuasa China terus menghubungi WHO sejurus diminta mengesahkan laporan berkenaan. – AFP

Sumber-Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here