KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menerima suntikan vaksin COVID-19, hari ini.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menerusi video dan ciapan di laman Twitternya, turut menggesa rakyat di negara ini untuk tidak ragu-ragu menerima suntikan vaksin itu melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang berlangsung kini.
“Saya yakin ia selamat, justeru segeralah mendaftar di aplikasi MySejahtera atau di mana-mana Pusat Kesihatan berdekatan anda semua.
“Sama-sama kita jayakan program vaksinasi ini dan kita menang bersama,” katanya melalui video berdurasi lebih seminit itu.
Ahmad Zahid berkata, pendaftaran bagi menerima suntikan vaksinasi COVID-19 juga boleh dilakukan melalui laman web khas diĀ http://vaksincovid.gov.my.
Sumber: Berita Harian